Sempena bulan Ramadan yang suci ini, slot Mohon Pencerahan Ustaz akan menjawab persoalan-persoalan yang sering bermain dalam fikiran para penonton berkaitan Ramadan. Pada kali ini, Ustaz Rosman akan memberi penjelasan berkenaan soalan ini. Pertama sekali, puasa mesti diganti dengan puasa kerana denda puasa atau dipanggil zakat fidyah tidak mengangkat kewajipan daripada kefardhuan ibadah puasa tersebut.
Zakat fidyah pula mesti dibayar oleh mereka yang tidak qada puasa dalam tempoh yang dibenarkan oleh syarak. Ketahuinya dengan lebih lanjut dalam perkongsian bersama ustaz. Insya-Allah, semoga penjelasan ini dapat memberi pencerahan kepada kita semua.