Sempena bulan Ramadan yang mubarak ini, slot Mohon Pencerahan Ustaz akan menjawab persoalan-persoalan yang terlintas dalam fikiran para penonton. Pada episod kali ini, Ustaz Firdausi akan memberi perkongsian berkenaan persoalan mengerjakan ibadah tetapi hubungan sesama manusia tidak dijaga. Perlu diketahui bahawa menjaga hubungan sesama manusia juga adalah satu bentuk ibadah yang mulia.

Menjaga silaturrahim sesama insan adalah salah satu tuntutan Allah SWT kepada seluruh hamba-Nya. Tanya diri sendiri, apa guna beribadah siang dan malam jika hubungan dengan manusia porak-peranda? Seolah-olah ibadah yang dilakukan menjadi sia-sia. Hubungan sesama manusia ini juga dituntut oleh Allah swt, jika hubungan sesama manusia tidak dijaga. Seperti kita meninggalkan perkara yang dituntut dan menunaikan yang sunat. Insya-Allah, semoga penjelasan ini dapat memberi pencerahan kepada kita semua.

Penceramah

Ustaz Mohd Firdausi

Beliau merupakan pelajar lepasan Pusat pengajian Pondok Moden Kandis, selepas tamat pengajian di Pondok. Beliau melanjutkan pengajian di Universiti Al-Azhar di Kaherah dalam bidang Syariah Islamiah. Beliau sekarang bertugas sebagai pendakwah bebas dan pernah berkhidmat sebagai imam muda di Masjid Istana Negeri.
Video

Siri Mohon Pencerahan Ustaz akan merungkai segala permasalahan dan persoalan yang dihadapi oleh para penonton dalam menjalani kehidupan seharian. Semua permasalahan penonton akan dijawab oleh para ustaz yang berkelayakkan. #MohonPencerahan

Terkini
48 Video
Episod 048

Apakah Hukum Orang Meraikan Hari Raya Dengan Baju Raya Baru?

Hukumnya sunnah dan sunat kerana dianjurkan oleh Nabi SAW.

Episod 047

Apakah Amalan Bagi Menghidupkan Malam Raya?

Perbanyakkan zikir dan juga bacaan Al-Quran sebagai persediaan untuk menyambut lebaran.

Episod 046

Apakah Amalan Yang Patut Diganti Dengan Amalan Iktikaf?

Apa-apa sahaja amalan yang dikira baik oleh syarak boleh diamalkan walaupun berada di rumah.

Episod 044

Apakah Kelebihan Beriktikaf?

Ibadat iktikaf ini dianjurkan dan disarankan oleh Allah SWT.

Episod 043

Apakah Hukum Jika Mengejar Ibadah Tetapi Tanggungjawab Wajib Ditinggalkan?

Tanggungjawab seorang ketua keluarga dan anak kepada ibu bapa adalah wajib.

Episod 042

Apakah Hukum Mengagihkan Zakat Secara Persendirian?

Zakat sebaiknya dikeluarkan mengikut saluran pihak berkuasa dengan pembahagian terbaik.

Program Lain Untuk Anda
Penaja

Sejadah Floral

Dihiasi corak kuntuman bunga mawar mekar yang sangat indah. Dengan isian latex asli, sejadah ini menawarkan keselesaan luar biasa.

Kenapa wujudkan Wadah?

AMRU mempunyai impian untuk memainkan peranan di dalam setiap perilaku serta amal baik umat Islam di seluruh dunia. Selain menjual peralatan ibadah seperti sejadah, mewujudkan Wadah adalah salah satu cara untuk kami mencapai impian tersebut. Semoga konten yang diterbitkan ini memberi manafaat kepada ramai orang.