Sempena bulan Ramadan yang mulia ini, slot Mohon Pencerahan Ustaz akan menjawab persoalan-persoalan yang sering bermain difikiran para penonton berkaitan Ramadan. Pada episod kali ini, Ustaz Firdausi akan memberi penjelasan berkenaan persoalan bersahur pada waktu imsak dan sewaktu azan berkumandang. Imsak adalah waktu 10 minit sebelum waktu subuh.
Imsak bermaksud menahan dan di antara waktu imsak masih boleh untuk bersahur. Namun, seeloknya waktu imsak itu digunakan untuk persediaan masuk waktu subuh dan waktu memulakan ibadah puasa. Dan haram bersahur pada waktu azan berkumandang, dimana ibadah puasa sudah bermula. Moga-moga dengan ini amalan kita Allah swt menerima amalam kita semua. Insya-Allah, semoga penjelasan ini dapat memberi pencerahan kepada kita semua.