Sempena bulan Ramadan yang penuh kebaikan ini, slot Mohon Pencerahan Ustaz akan menjawab persoalan-persoalan yang sering terlintas dalam fikiran para penonton. Pada kali ini, Ustaz Firdausi akan memberi perkongsian berkenaan soalan cara menunaikan solat terawih di rumah secara ringkas.
Solat terawih boleh dilakukan sama ada 20 rakaat atau 8 rakaat bergantung kepada kemampuan seseorang. Melihat dari sudut imam, bacaan surah-surah pendek atau ayat lazim boleh dijadikan pilihan untuk menunaikan solat terawih secara ringkas di rumah. Insya-Allah, semoga penjelasan ini dapat memberi pencerahan kepada kita semua.