Sempena bulan Ramadan yang mulia ini, slot Mohon Pencerahan Ustaz akan menjawab persoalan-persoalan yang membelenggu penonton berkaitan Ramadan. Pada kali ini, Dai Nasrul akan memberi penjelasan berkenaan soalan batalkah puasa jika mengambil suntikan insulin dan menderma darah.
Pada tahun 2013, JAKIM mengeluarkan fatwa bahawa mencucuk insulin tidak membatalkan puasa. Oleh itu, tidak menjadi masalah kepada puasa dan boleh teruskan puasa kerana puasa sah. Ini kerana ianya tidak masuk ke dalam rongga hanya ubat itu masuk melalui bawah kulit sahaja. Insya-Allah, semoga penjelasan ini dapat memberi pencerahan kepada kita semua.