Sempena bulan Ramadan yang mulia ini, slot Mohon Pencerahan Ustaz akan menjawab persoalan-persoalan yang sering membelenggu penonton berkaitan Ramadan. Pada episod kali ini, Da’i Nasrul akan memberi penjelasan berkenaan persoalan boleh atau tidak mandi hampir waktu berbuka.
Pastinya mandi boleh menyegarkan badan dan minda mereka yang berpuasa. Namun, hukumnya mestilah kita pelajari agar ilmu tentangnya terpahat di akal fikiran. Ada yang berpendapat bahawa hukumnya makhruh kerana hampir dengan waktu berbuka.
Tetapi ada juga yang mengatakan bahawa hukumnya adalah harus, kerana mandi tidaklah memasukkan air kepada rongga yang terbuka. Diharuskan mandi sebelum berbuka jika seseorang itu terkejar-kejar dengan sesuatu selepas waktu berbuka. Insya-Allah, semoga penjelasan ini dapat memberi pencerahan kepada kita semua.