Sempena bulan Ramadan yang mulia ini, slot Mohon Pencerahan Ustaz akan menjawab persoalan-persoalan yang membelenggu penonton berkaitan Ramadan. Pada kali ini, Ustaz Rosman akan memberi penjelasan berkenaan soalan bolehkah orang yang bermusafir berbuka puasa.
Hukum bermusafir adalah harus sekiranya permusafiran itu ke arah kebaikan dan tidak kepada benda-benda yang dilarang oleh syarak. Bermusafir ketika mana sedang berpuasa boleh memanfaatkan rukhsah yang diberikan oleh Allah swt dan sebagai hamba-Nya kita mesti terimanya dengan sebaik mungkin. Diharuskan untuk berbuka puasa bagi mereka yang bermusafir dalam berpuasa. Insya-Allah, semoga penjelasan ini dapat memberi pencerahan kepada kita semua.