Sempena bulan Ramadan yang mulia ini, slot Mohon Pencerahan Ustaz akan menjawab persoalan-persoalan yang membelenggu penonton berkaitan Ramadan. Pada episod kali ini, Da’i Nasrul akan memberi penjelasan berkenaan persoalan hukum menjual makanan pada orang yang tidak berpuasa.
Perlu diketahui hukum saat menjual adalah harus, ketika mana si penjual tidak mengetahui sama ada makanan atau minuman yang dibeli itu untuk dimakan atau tidak. Kata ulama’ jika si penjual tidak tahu yang mana pembelian itu berniat nak makan atau simpan.
Hukumnya harus dan tidak berdosa, tetapi jika kita bersangka dan tahu pembeli berniat untuk makan maka hukumnya haram. Ini kerana kita sudah bersubahat dan perkara itu adalah haram. Insya-Allah, semoga penjelasan ini dapat memberi pencerahan kepada kita semua.