Sempena bulan Ramadan yang mulia ini, slot Mohon Pencerahan Ustaz akan menjawab persoalan-persoalan yang membelenggu penonton berkaitan Ramadan. Pada episod kali ini, Ustaz Rosman akan memberi penjelasan berkenaan soalan amalan bagi menghidupkan malam raya. Hadis Baginda Nabi SAW yang bermaksud, “Sesiapa yang menghidupkan malam hari raya, maka Allah SWT akan menghidupkan hatinya ketika mana hati-hati manusia dimatikan oleh Allah SWT”.
Menghidupkan malam raya dengan hati yang sentiasa ingat kepada Allah SWT dan mengharapkan ganjaran daripada-Nya akan dikurniakan Husnul Khatimah oleh Allah Azzawajalla. Solat sunat tasbih merupakan salah satu amalan yang sering dianjurkan di masjid-masjid pada malam raya, perbanyakkan zikir dan juga bacaan Al-Quran sebagai persediaan untuk menyambut lebaran. Insya-Allah, semoga penjelasan ini dapat memberi pencerahan kepada kita semua.