Isti’adzah menurut bahasa adalah: Memohon perlidungan, pemeliharaan dan penjagaan. Sedangkan menurut istilah adalah: Lafaz yang dimaksudkan untuk memohon pemeliharaan dan perlindungan Allah dari bisikan dan godaan syaitan.

Lafaz Isti’adzah : اَعُوْذُ بِاللهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيْمِ

Lafaz ini sebenarnya berbentuk kalimat khabar (keterangan), tapi bermakna permohonan : اَللَّهُمَّ اَعِذْنِيْ بِاللهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيْمِ

Isti’adzah bukanlah merupakan ayat al-qur’an, tapi keberadaannya ditetapkan didalam Al-Qur’an. Qs. An-Nahl [16] : 98

‎فَإِذَا قَرَأْتَ الْقُرْآَنَ فَاسْتَعِذْ بِاللَّهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ

Apabila kamu membaca Al Quran hendaklah kamu meminta perlindungan kepada Allah dari syaitan yang terkutuk.

Membaca isti’adzah merupakah anjuran yang tidak dibatasi oleh ruang dan waktu, ia boleh dibaca bila-bila masa sahaja, lebih-lebih lagi dibaca saat membaca Al-Qur’an.

Penceramah

Ustaz Ashraff Azman

Beliau merupakan guru al-Quran yang memiliki Diploma Pengajian al-Quran dan As Sunnah. Selain itu beliau juga merupakan jurulatih tarannum yang telah mewakili negeri di dalam pelbagai pertandingan. Sekarang beliau adalah tenaga pengajar di Akademi Al-Qari.
Video

Siri Tartil Quran merupakan program yang diterbitkan khusus untuk mendalami atau mempelajari cara bacaan yang benar di dalam Al-Quran. Tartil menurut erti kata yang lain bermaksud tertib membaca al-Quran dengan hukum tajwid. #TartilQuran

Terkini
9 Video
Episod 009

Perbezaan Antara Huruf Kaf (ك) Dan Huruf Kof (ق)

Perbezaan huruf kaf dan kof ialah dari cara sebutannya.

Episod 008

Perbezaan Antara Huruf Tsa (ث), Huruf Sin (س) Dan Huruf Sod (ص)

Sebutan huruf serta makhraj yang berbeza.

Episod 007

Perbezaan Huruf Alif (ا) dan Huruf Ain (ع)

Kekeliruan berkenaan dengan huruf yang bunyi seakan sama.

Episod 006

Kesalahan-Kesalahan Ketika Membaca Al-Fatihah (Bahagian 5)

Perbincangan terakhir dalam slot tahsin Al-Fatihah.

Episod 005

Kesalahan-Kesalahan Ketika Membaca Al-Fatihah (Bahagian 4)

Perbezaan sebutan huruf yang hampir sama.

Episod 004

Kesalahan-Kesalahan Ketika Membaca Al-Fatihah (Bahagian 3)

Surah Al-Fatihah yang di baca sekurang-kurangnya 17 kali sehari.

Program Lain Untuk Anda
Penaja

Sejadah Premium

Sejadah ini hadir dengan warna yang sangat memikat. Sulaman pada bahagian tepi sejadah pula memberikan sentuhan eksklusif.

Kenapa wujudkan Wadah?

AMRU mempunyai impian untuk memainkan peranan di dalam setiap perilaku serta amal baik umat Islam di seluruh dunia. Selain menjual peralatan ibadah seperti sejadah, mewujudkan Wadah adalah salah satu cara untuk kami mencapai impian tersebut. Semoga konten yang diterbitkan ini memberi manafaat kepada ramai orang.