Surah al-Fatihah yang di baca sekurang-kurangnya 17 kali sehari di dalam solat memiliki banyak keutamaan. Bagi setiap muslim semestinya mengetahui keutamaan ini agar benar-benar dapat merasai kehebatan Surah ini apabila membacanya samada di dalam ataupun di luar solat.

Antara keutamaannya ialah:

Pertama: Solat tidak sah tanpa al-Fatihah. Sebagaimana tiang Agama adalah solat maka tiang solat adalah Surah al-Fatihah.

Kedua: Al-Fatihah adalah surah paling agung di dalam al-Quran.

Ketiga: Al-Fatihah berkedudukan tinggi sebagai ruqyah (jampi). Berdasarkan hadith riwayat al-Bukhari (5736), Muslim (2201) daripada Abu Sa’id al-Khudri RA mengenai sekumpulan sahabat yang mendatangi satu kampung yang mana ketua kampung tersebut di sengat binatang berbisa. Lalu seorang sahabat (Abu Sa’id RA sendiri) menjampinya dengan al-Fatihah, kemudian sembuh ketua kampung tersebut. Subhanallah!

Kempat: Al-Fatihah adalah nur (cahaya) yang hanya diberikan kepada Nabi Muhammad SAW, tidak kepada Nabi-nabi yang lain. Allah akan mengurniakan segala hal yang terkandung dalam makna Surah tersebut.

Penceramah

Ustaz Ashraff Azman

Beliau merupakan guru al-Quran yang memiliki Diploma Pengajian al-Quran dan As Sunnah. Selain itu beliau juga merupakan jurulatih tarannum yang telah mewakili negeri di dalam pelbagai pertandingan. Sekarang beliau adalah tenaga pengajar di Akademi Al-Qari.
Video

Siri Tartil Quran merupakan program yang diterbitkan khusus untuk mendalami atau mempelajari cara bacaan yang benar di dalam Al-Quran. Tartil menurut erti kata yang lain bermaksud tertib membaca al-Quran dengan hukum tajwid. #TartilQuran

Terkini
9 Video
Episod 009

Perbezaan Antara Huruf Kaf (ك) Dan Huruf Kof (ق)

Perbezaan huruf kaf dan kof ialah dari cara sebutannya.

Episod 008

Perbezaan Antara Huruf Tsa (ث), Huruf Sin (س) Dan Huruf Sod (ص)

Sebutan huruf serta makhraj yang berbeza.

Episod 007

Perbezaan Huruf Alif (ا) dan Huruf Ain (ع)

Kekeliruan berkenaan dengan huruf yang bunyi seakan sama.

Episod 006

Kesalahan-Kesalahan Ketika Membaca Al-Fatihah (Bahagian 5)

Perbincangan terakhir dalam slot tahsin Al-Fatihah.

Episod 005

Kesalahan-Kesalahan Ketika Membaca Al-Fatihah (Bahagian 4)

Perbezaan sebutan huruf yang hampir sama.

Episod 003

Kesalahan-Kesalahan Ketika Membaca Al-Fatihah (Bahagian 2)

Surah yang diwahyukan di Makkah ini mempunyai tujuh ayat.

Program Lain Untuk Anda
Penaja

Sejadah Premium

Sejadah ini hadir dengan warna yang sangat memikat. Sulaman pada bahagian tepi sejadah pula memberikan sentuhan eksklusif.

Kenapa wujudkan Wadah?

AMRU mempunyai impian untuk memainkan peranan di dalam setiap perilaku serta amal baik umat Islam di seluruh dunia. Selain menjual peralatan ibadah seperti sejadah, mewujudkan Wadah adalah salah satu cara untuk kami mencapai impian tersebut. Semoga konten yang diterbitkan ini memberi manafaat kepada ramai orang.