Sempena bulan Ramadan yang barakah ini, slot Mohon Pencerahan Ustaz kan menjawab persoalan-persoalan yang membelenggu penonton berkaitan Ramadan. Pada episod kali ini, Ustaz Firdausi akan memberi penjelasan berkenaan persoalan lupa niat untuk sahur, sah atau tidak.
Definisi niat ini adalah lintasan dihati, niat puasa ini mudah berbanding niat untuk solat kerana ianya mempunyai cara yang berbeza. Jika kita bangun untuk bersahur disitu kita sudah mempunyai niat untuk berpuasa. Namun ramai yang berfikiran, lafaz niat itu perlu sedangkan ianya adalah sunat. Yang wajibnya adalah niat didalam hati, bila bangun itu sudah dikira niat dan puasanya adalah sah. Jangan merumitkan dan mudahkan niat puasa, semoga Allah swt menerima ibadah kita.