Sempena bulan Ramadan yang mulia ini, slot Mohon Pencerahan Ustaz akan menjawab persoalan-persoalan yang membelenggu penonton berkaitan Ramadan. Pada episod kali ini, Dai Nasrul akan memberi penjelasan berkenaan soalan betul ke apabila berpuasa tidak boleh menggosok gigi.
Dengan mengambil kira pandangan ulamak tentangnya, hukumnya adalah harus. Tapi waktu yang dibolehkan itu adalah diantara subuh sehingga zohor, jika menggosok gigi selepas waktu zohor atau kerap kali hukumnya menjadi makruh. Insya-Allah, semoga penjelasan ini dapat memberi pencerahan kepada kita semua.