Sempena bulan Ramadan yang mulia ini, slot Mohon Pencerahan Ustaz akan menjawab persoalan-persoalan yang membelenggu penonton berkaitan Ramadan. Pada kali ini, Ustaz Firdausi akan memberi penjelasan berkenaan persoalan Laitatul Qadar dan kelebihan malam tersebut. Umat Islam yang bersungguh-sungguh mengerjakan ibadah pada malam Lailatul Qadar seumpama beribadah selama seribu bulan.
Itulah yang Allah SWT janjikan kepada sesiapa yang dipertemukan dengan malam Lailatul Qadar. Namun, bilakah malam Lailatul Qadar? Malam tersebut adalah rahsia di sisi Allah SWT. Betapa bertuahnya jika seseorang itu bertemu dengan malam Lailatul Qadar, oleh itu sama-samalah kita berusaha untuk menghidupkan seluruh malam dalam bulan Ramadan. Insya-Allah, semoga penjelasan ini dapat memberi pencerahan kepada kita semua.