Sempena bulan Ramadan yang barakah ini, slot Mohon Pencerahan Ustaz akan menjawab persoalan-persoalan yang membelenggu penonton berkaitan Ramadan. Pada perkongsian kali ini, Ustaz Rosman akan memberi penjelasan berkenaan persoalan amalan terbaik untuk 10 malam terakhir Ramadan.
Abu Hurairah meriwayatkan, “Sesiapa yang berpuasa Ramadan kerana iman dan ketaatan kepada Allah, serta mengharapkan keredaannya akan diampunkan semua dosanya yang telah lepas”. Amalan yang dianjurkan adalah pertingkatkan bacaan Al-Quran, bangun untuk solat tahajud, dan sedekah dengan istiqamah. Amalan sedekah menjamin keredaan Allah, amalan qiammulail akan menambahkan cahaya pada wajah seseorang. Insya-Allah, semoga penjelasan ini dapat memberi pencerahan kepada kita semua.