Sempena bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini, slot Mohon Pencerahan Ustaz akan menjawab persoalan-persoalan yang membelenggu penonton berkaitan Ramadan. Pada episod kali ini, Ustaz Rosman akan memberi penjelasan berkenaan soalan apakah hukum orang meraikan hari raya dengan baju raya baru. Hukumnya sunnah dan sunat kerana dianjurkan oleh Nabi SAW.
Mereka yang berpuasa dan dapat menemui 1 Syawal dengan mengenakan pakaian serba baru mendapat pahala sunnah dan sunat. Manakala, mereka yang mampu untuk membeli pakaian baru tapi sengaja tidak mahu mengenakan pakaian baru sempena hari raya, maka dia telah meninggalkan pahala sunnah dan sunat. Insya-Allah, semoga penjelasan ini dapat memberi pencerahan kepada kita semua.