Sempena bulan Ramadan yang suci ini, slot Mohon Pencerahan Ustaz akan menjawab persoalan-persoalan yang membelenggu penonton berkaitan Ramadan. Pada episod kali ini, Ustaz Firdausi akan memberi penjelasan berkenaan persoalan kelebihan menjamu orang yang berbuka puasa.
Bulan Ramadan adalah bulan di mana semua orang berebut untuk melakukan kerja-kerja kebajikan. Di dalam Al-Quran ada dinyatakan bahawa, barang siapa yang mengerjakan kebaikan itu. Maka akan dibalas dengan 10 kali ganda pahala bagi dirinya. Ini pula jika ibu atau isteri yang menyediakan juadah untuk berbuka dan bersahur untuk keluarganya.