Sempena bulan Ramadan yang mulia ini, slot Mohon Pencerahan Ustaz akan menjawab persoalan-persoalan yang membelenggu penonton berkaitan Ramadan. Pada kali ini, Ustaz Firdausi akan memberi perkongsian berkenaan soalan persedian menghadapi bulan Ramadan.
Persediaan bagi menyambut bulan Ramadan mestilah sihat dari sudut fizikal dan kuat dari sudut kerohanian. Islam menganjurkan untuk berpuasa sunat terlebih dahulu pada bulan Rejab dan Syaaban sebagai latihan sebelum memasuki bulan Ramadan. Insya-Allah, semoga penjelasan ini dapat memberi pencerahan kepada kita semua.