Alhamdulillah, untuk persoalan minggu ini, Ustaz Ali akan kupaskan persoalan berkaitan dengan solat sunat taubat seperti dua episod sebelum ini. Bagi kali ini, Ustaz Ali akan memberikan jawapan atau huraian terakhir berkaitan dengan “Apakah surah yang sesuai dibaca semasa solat sunat taubat?”

Seperti yang kita dengar huraian dari Ustaz Ali pada minggu lepas, tidak kira bila masanya, bangunlah solat taubat kepada Allah. Bagi mengejarkan solat taubat ini, tiada bacaan khusus yang diajarkan Rasulullah SAW kepada kita kecuali dari Ulama untuk baca apa sahaja surah yang mudah dilazimi oleh diri kita sendiri. Kita juga boleh membaca potongan ayat Al-Quran yang memberi khabar gembira seperti dalam Surah Az-Zumar ayat ke-53.

Semoga dengan adanya tiga episod berkaitan solat sunat taubat, dapat memberikan perubahan dalam diri kita supaya sentiasa ingat untuk bertaubat kepada Allah bila-bila masa sahaja.

Penceramah

Ustaz Ali Imran

Beliau telah mendapat pendidikan awal di Maahad Muhammadi Lelaki, Kelantan. Seterusnya menyambung pelajaran ke Universiti Yarmouk, Jordan di dalam bidang pengajian Bahasa Arab. Kini beliau aktif memenuhi jemputan ceramah di masjid-masjid sekitar Kelantan.
Video

Siri Mohon Pencerahan Ustaz akan merungkai segala permasalahan dan persoalan yang dihadapi oleh para penonton dalam menjalani kehidupan seharian. Semua permasalahan penonton akan dijawab oleh para ustaz yang berkelayakkan. #MohonPencerahan

Terkini
48 Video
Episod 048

Apakah Hukum Orang Meraikan Hari Raya Dengan Baju Raya Baru?

Hukumnya sunnah dan sunat kerana dianjurkan oleh Nabi SAW.

Episod 047

Apakah Amalan Bagi Menghidupkan Malam Raya?

Perbanyakkan zikir dan juga bacaan Al-Quran sebagai persediaan untuk menyambut lebaran.

Episod 046

Apakah Amalan Yang Patut Diganti Dengan Amalan Iktikaf?

Apa-apa sahaja amalan yang dikira baik oleh syarak boleh diamalkan walaupun berada di rumah.

Episod 045

Bagaimanakah Jika Mengerjakan Ibadah Tetapi Hubungan Sesama Manusia Tidak Dijaga?

Menjaga hubungan sesama manusia adalah satu bentuk ibadah yang mulia di sisi Allah SWT.

Episod 044

Apakah Kelebihan Beriktikaf?

Ibadat iktikaf ini dianjurkan dan disarankan oleh Allah SWT.

Episod 043

Apakah Hukum Jika Mengejar Ibadah Tetapi Tanggungjawab Wajib Ditinggalkan?

Tanggungjawab seorang ketua keluarga dan anak kepada ibu bapa adalah wajib.

Program Lain Untuk Anda
Penaja

Sejadah Floral

Dihiasi corak kuntuman bunga mawar mekar yang sangat indah. Dengan isian latex asli, sejadah ini menawarkan keselesaan luar biasa.

Kenapa wujudkan Wadah?

AMRU mempunyai impian untuk memainkan peranan di dalam setiap perilaku serta amal baik umat Islam di seluruh dunia. Selain menjual peralatan ibadah seperti sejadah, mewujudkan Wadah adalah salah satu cara untuk kami mencapai impian tersebut. Semoga konten yang diterbitkan ini memberi manafaat kepada ramai orang.