Produktiviti adalah sebuah proses dimana perubahan sebenar dibina atas keputusan-keputusan kecil yang kita lakukan setiap hari yang membantu kita untuk menjadi produktif.
Sebenarnya, sedar atau tidak sedar, Islam adalah agama yang menganjurkan kepada produktiviti. Untuk menjadi hamba yang soleh, kita perlu menjadi hamba yang produktif. Bukan sahaja daripada soal fizikal dan sosial, bahkan secara kerohanian juga. Bagaimana caranya?
Anda perlu belajar membina beberapa perkara yang telah dinyatakan dalam video Mohon Pencerahan Ustaz ini secara rohani sehingga ia menjadi satu tabiat. Untuk membinanya supaya menjadi tabiat merupakan intipati kepada memulakan perjalanan iman kita, Insyallah.
Anda juga perlu mengambil perhatian bahawa tabiat ini merupakan perbuatan ibadah secara sukarela, namun sangat memberi impak dalam kehidupan kita. Semoga kita sama-sama dapat mengamalkannya.