Sempena bulan Ramadan yang mubarak ini, slot Mohon Pencerahan Ustaz akan menjawab persoalan-persoalan yang terlintas dalam fikiran para penonton. Pada episod kali ini, Ustaz Firdausi akan memberi perkongsian berkenaan persoalan mengerjakan ibadah tetapi hubungan sesama manusia tidak dijaga. Perlu diketahui bahawa menjaga hubungan sesama manusia juga adalah satu bentuk ibadah yang mulia.
Menjaga silaturrahim sesama insan adalah salah satu tuntutan Allah SWT kepada seluruh hamba-Nya. Tanya diri sendiri, apa guna beribadah siang dan malam jika hubungan dengan manusia porak-peranda? Seolah-olah ibadah yang dilakukan menjadi sia-sia. Hubungan sesama manusia ini juga dituntut oleh Allah swt, jika hubungan sesama manusia tidak dijaga. Seperti kita meninggalkan perkara yang dituntut dan menunaikan yang sunat. Insya-Allah, semoga penjelasan ini dapat memberi pencerahan kepada kita semua.