Sempena bulan Ramadan yang mulia ini, slot Mohon Pencerahan Ustaz akan menjawab persoalan-persoalan yang membelenggu penonton berkaitan Ramadan. Pada kali ini, Ustaz Rosman akan memberi penjelasan berkenaan soalan bolehkah wanita itu berpuasa jika dia mandi wajib selepas waktu subuh. Wanita tersebut sudah dalam keadaan suci dan dia diwajibkan berpuasa, sekalipun dia belum melaksanakan mandi hadas.
Ini kerana mandi hadas bukanlah perkara yang membatalkan puasa. Ada pandangan dari ulama memberitahu, jika seseorang wanita ini sudah tahu tarikh akhir haidnya. Maka pada malam hari tersebut, dibolehkan seseorang wanita itu untuk berniat puasa sekalipun dia belum mandi hadas. Sama-sama kita dengarkan perkongsian daripada ustaz. Insya-Allah, semoga penjelasan ini dapat memberi pencerahan kepada kita semua.