Jika perasaan ingin berhijrah itu hadir, ianya hadir kerana Allah yang menghadirkannya kepada diri kita. Apabila disebut Allah yang nakkan kita berhijrah maka tiada apa-apa yang boleh menghalang kita jadi baik melainkan Allah sahaja. Kedua, apabila Allah nak kita jadi baik, Allah akan berikan kita kefahaman tentang agama Islam.
Justeru apabila kita faham tentang agama, maka kita akan menuju melalui jalan yang benar dan memperbaiki cara hidup kita kepada cara hidup yang benar iaitu cara hidup Islam. Maka bertaubatlah dan berhijrahlah kita daripada jalan yang salah, cara hidup yang salah dan perbuatan yang salah.
Apabila Allah terima taubat kita maka tidak ada lagi dosa-dosa kita yang lalu, Allah akan hapuskan dari catatan amalan kejahatan kita. Ingatlah bahawa apabila dosa kita diampunkan Allah, maka kita akan dicintai oleh Allah.
Allah berfirman dalam surah al-Baqarah ayat 222:
“Sesungguhnya Allah cintakan orang- orang yang selalu bertaubat dan orang-orang yang selalu mensucikan diri.”
Jika Allah sayangkan kita apa lagi yang kita mahukan dalam hidup ini?