Sempena bulan Ramadan yang mulia ini, slot Mohon Pencerahan Ustaz akan menjawab persoalan-persoalan yang sering bermain difikiran para penonton sepanjang Ramadan. Pada kali ini, Ustaz Firdausi akan memberi penerangan berkenaan soalan wajibkah menunaikan solat witir. Hukum solat witir mengikut Mazhab Syafie adalah sunat, tetapi melihat kepada kelaziman atau kebiasaannya ibadah solat terawih diakhiri dengan solat witir.
Solat witir ini juga dilakukan bagi yang tidak sempat untuk bangun malam mengerjakan solat sunat atau qiamullail. Tetapi jika mereka telah melaksanakan solat witir dan tetap bangun di sepertiga malam, tidak menjadi masalah dan boleh solat witir 2 kali. Insya-Allah, semoga penjelasan ini dapat memberi pencerahan kepada kita semua.