Iman terhadap Al Quran merupakan rukun iman ketiga. Untuk sampai pada taraf mengimani, tentu kita harus mengetahui apa isi kandungan di dalamnya. Kita tidak boleh memahami isi tersebut tanpa kita membacanya. Kerana itu, membaca Al Quran sebagai Kalam Allah Ta’ala merupakan amalan yang agung dan banyak keutamaannya.
Tartil Quran merupakan program yang ketiga diterbitkan oleh pihak AMRU iaitu khusus untuk mendalami atau mempelajari cara bacaan yang benar di dalam Al-Quran. Tartil menurut arti kata yang lain bermaksud perlahan-lahan. Dalam Tafsir Ibnu Katsir, tartil berarti membaca sesuai dengan hukum tajwid, secara perlahan-lahan dengan baik dan benar kerana ia akan membantu untuk memahami dan mentadabburi maknanya.
Bagi episod 1 ini, ustaz akan menghuraikan terlebih dahulu berkaitan dengan Adab-Adab dengan Al-Quran. Semoga dengan adanya program Tartil Quran ini, dapat memudahkan lagi urusan kita semua dalam mempelajari Al-Quran.