Sempena bulan Ramadan yang barakah ini, slot Mohon Pencerahan Ustaz akan menjawab persoalan-persoalan yang membelenggu penonton berkaitan Ramadan. Pada kali ini, Da’i Nasrul akan memberi penjelasan berkenaan soalan apakah hukum menjual sesuatu yang haram kepada muslim dan bukan muslim.
Allah swt menyuruh kita menjual sesuatu yang halal dan baik, kita ditegah sama sekali untuk menjual sesuatu makanan yang haram. Kalam para ulama’ mengatakan, bahawasanya sepertimana kita tidak boleh memakan sesuatu yang haram janganlah pula kita menjual perkara yang haram. Insya-Allah, semoga penjelasan ini dapat memberi pencerahan kepada kita semua.