Sempena bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini, slot Mohon Pencerahan Ustaz akan menjawab persolan-persoalan yang membelenggu penonton berkaitan Ramadan. Pada episod kali ini, Ustaz Rosman akan memberi perkongsian berkenaan soalan apa itu zakat fitrah. Zakat fitrah adalah sesuatu kadar harta tertentu yang wajib dikeluarkan oleh setiap mukallaf. Syarat wajib zakat adalah beragama Islam, mempunyai harta melebihi keperluan untuk makan seisi keluarga, cukup keperluan pakaian, dan tempat tinggal.
Zakat boleh menyucikan seseorang daripada harta yang bercampur dengan perkara-perkara syubhah atau haram. Dipanggil zakat fitrah kerana kewajipan untuk melaksanakan zakat tersebut ada masa-masa tertentu. Pelaksanaan zakat fitrah bermula pada malam hari raya selepas waktu maghrib terakhir pada bulan Ramadan. Insya-Allah, semoga penjelasan ini dapat memberi pencerahan kepada kita semua.