Surah Al-Fatihah ( سُّورَةُ الفَاتِحَة) iaitu merupakan surah pembuka dan permulaan al-Quran sebagai surah yang pertama. Surah yang diwahyukan di Makkah ini mempunyai tujuh ayat.

Surah Al-Fatihah adalah ummul kitab dan menjadi rukun dalam solat. Tidak sah solat sekiranya bacaan Al-Fatihah tidak sempurna. Itu asas yang perlu kita tahu betapa pentingnya membaca Al-Fatihah dengan betul.

Namun begitu, dalam segala kepentingan dan dekatnya Al-Fatihah dengan diri kita, ramai antara kita yang tidak sedar, begitu banyak kesilapan yang dilakukan dalam membaca surah itu walaupun surah ini rutin dibaca ketika solat sehari semalam sebanyak 17 kali. Tanpa disedari kerana kurangnya ilmu di dada, bacaan al-Fatihah kita tidak sempurna.

Insyallah dengan adanya Tartil Quran Bahagian 2 ini dapat membantu sedikit sebanyak antara kita untuk memperbetulkan semula bacaan asas ini.

Penceramah

Ustaz Ashraff Azman

Beliau merupakan guru al-Quran yang memiliki Diploma Pengajian al-Quran dan As Sunnah. Selain itu beliau juga merupakan jurulatih tarannum yang telah mewakili negeri di dalam pelbagai pertandingan. Sekarang beliau adalah tenaga pengajar di Akademi Al-Qari.
Video

Siri Tartil Quran merupakan program yang diterbitkan khusus untuk mendalami atau mempelajari cara bacaan yang benar di dalam Al-Quran. Tartil menurut erti kata yang lain bermaksud tertib membaca al-Quran dengan hukum tajwid. #TartilQuran

Terkini
9 Video
Episod 009

Perbezaan Antara Huruf Kaf (ك) Dan Huruf Kof (ق)

Perbezaan huruf kaf dan kof ialah dari cara sebutannya.

Episod 008

Perbezaan Antara Huruf Tsa (ث), Huruf Sin (س) Dan Huruf Sod (ص)

Sebutan huruf serta makhraj yang berbeza.

Episod 007

Perbezaan Huruf Alif (ا) dan Huruf Ain (ع)

Kekeliruan berkenaan dengan huruf yang bunyi seakan sama.

Episod 006

Kesalahan-Kesalahan Ketika Membaca Al-Fatihah (Bahagian 5)

Perbincangan terakhir dalam slot tahsin Al-Fatihah.

Episod 005

Kesalahan-Kesalahan Ketika Membaca Al-Fatihah (Bahagian 4)

Perbezaan sebutan huruf yang hampir sama.

Episod 004

Kesalahan-Kesalahan Ketika Membaca Al-Fatihah (Bahagian 3)

Surah Al-Fatihah yang di baca sekurang-kurangnya 17 kali sehari.

Program Lain Untuk Anda
Penaja

Sejadah Floral

Dihiasi corak kuntuman bunga mawar mekar yang sangat indah. Dengan isian latex asli, sejadah ini menawarkan keselesaan luar biasa.

Kenapa wujudkan Wadah?

AMRU mempunyai impian untuk memainkan peranan di dalam setiap perilaku serta amal baik umat Islam di seluruh dunia. Selain menjual peralatan ibadah seperti sejadah, mewujudkan Wadah adalah salah satu cara untuk kami mencapai impian tersebut. Semoga konten yang diterbitkan ini memberi manafaat kepada ramai orang.