Sempena bulan Ramadan yang mulia ini, slot Mohon Pencerahan Ustaz akan menjawab persoalan-persoalan yang sering bermain dalam fikiran para penonton berkaitan Ramadan. Pada kali ini, Ustaz Rosman akan memberi penjelasan berkenaan persoalan amalan-amalan terbaik jika sedang berhadas besar dalam bulan Ramadan khususnya bagi kaum muslimah.

Islam tidak pernah menghalang umatnya daripada mengamalkan ibadah dan Allah S.W.T tidak pernah menghalang hamba-hamba-Nya yang ingin mentadabbur diri kepada-Nya. Namun, mereka yang berhadas besar pada bulan Ramadan juga berpeluang untuk merasai kemanisan beribadah dengan bersedekah, menyediakan makanan berbuka, berzikir dan berdoa. Insya-Allah, semoga penjelasan ini dapat memberi pencerahan kepada kita semua.

Penceramah

Ustaz Rosman

Beliau merupakan pelajar Pondok Gelang Mas selama 7 tahun, seterusnya melanjutkan pelajaran dalam bidang Diploma Syariah. Beliau juga mempunyai Ijazah Lughah Bahasa Arab di Universiti Zarqaq, Jordan. Sekarang beliau bertugas sebagai Imam 1 di Masjid Mukim Delima, Kota Bharu Kelantan dan merupakan penceramah bebas.
Video

Siri Mohon Pencerahan Ustaz akan merungkai segala permasalahan dan persoalan yang dihadapi oleh para penonton dalam menjalani kehidupan seharian. Semua permasalahan penonton akan dijawab oleh para ustaz yang berkelayakkan. #MohonPencerahan

Terkini
43 Video
Episod 043

Apakah Hukum Jika Mengejar Ibadah Tetapi Tanggungjawab Wajib Ditinggalkan?

Tanggungjawab seorang ketua keluarga dan anak kepada ibu bapa adalah wajib.

Episod 042

Apakah Hukum Mengagihkan Zakat Secara Persendirian?

Zakat sebaiknya dikeluarkan mengikut saluran pihak berkuasa dengan sistem pembahagian terbaik.

Episod 041

Apa Itu Zakat Fitrah?

Zakat boleh menyucikan seseorang daripada harta yang bercampur dengan perkara-perkara syubhah atau haram.

Episod 040

Apa Itu Lailatul Qadar Dan Kelebihannya?

Betapa bertuahnya jika seseorang itu bertemu dengan malam Lailatul Qadar.

Episod 039

Apakah Keistimewaan Malam Lailatul Qadar?

Lailatul Qadar disebut dalam Al-Quran sebagai malam yang lebih baik dari seribu bulan.

Episod 037

Apakah Amalan Terbaik Untuk 10 Malam Terakhir Ramadhan?

Pertingkatkan bacaan Al-Quran, bangun untuk solat tahajud, dan sedekah dengan istiqamah.

Program Lain Untuk Anda
Penaja

Sejadah Kapas Asli

Mampu menyerap tekanan ketika solat dengan sangat baik. Khususnya pada bahagian sendi seperti tumit kaki, lutut serta pada dahi.

Kenapa wujudkan Wadah?

AMRU mempunyai impian untuk memainkan peranan di dalam setiap perilaku serta amal baik umat Islam di seluruh dunia. Selain menjual peralatan ibadah seperti sejadah, mewujudkan Wadah adalah salah satu cara untuk kami mencapai impian tersebut. Semoga konten yang diterbitkan ini memberi manafaat kepada ramai orang.