Sempena bulan Ramadan yang mulia ini, slot Mohon Pencerahan Ustaz akan menjawab persoalan-persoalan yang sering bermain dalam fikiran para penonton berkaitan Ramadan. Pada kali ini, Ustaz Rosman akan memberi penjelasan berkenaan persoalan amalan-amalan terbaik jika sedang berhadas besar dalam bulan Ramadan khususnya bagi kaum muslimah.
Islam tidak pernah menghalang umatnya daripada mengamalkan ibadah dan Allah S.W.T tidak pernah menghalang hamba-hamba-Nya yang ingin mentadabbur diri kepada-Nya. Namun, mereka yang berhadas besar pada bulan Ramadan juga berpeluang untuk merasai kemanisan beribadah dengan bersedekah, menyediakan makanan berbuka, berzikir dan berdoa. Insya-Allah, semoga penjelasan ini dapat memberi pencerahan kepada kita semua.