Siri 039 Terbitan 3 May 2021

Apakah Keistimewaan Malam Lailatul Qadar?

Sempena bulan Ramadan yang mulia ini, slot Mohon Pencerahan Ustaz akan menjawab persoalan-persoalan yang membelenggu penonton berkaitan Ramadan. Pada episod kali ini, Ustaz Rosman akan memberi penjelasan berkenaan soalan keistimewaan malam Lailatul Qadar dan ganjaran yang dijanjikan pada malam tersebut. Lailatul Qadar disebut dalam Al-Quran, merupakan malam yang lebih baik dari seribu bulan.

Mana-mana hamba Allah swt yang ditakdirkan berjumpa Lailatul Qadar ibarat beribadat selama 80 tahun. Subhanallah, semoga kita diberi kesempatan untuk merasai nikmat dan ganjaran malam Lailatul Qadar pada Ramadan kali ini. Insya-Allah, semoga penjelasan ini dapat memberi pencerahan kepada kita semua.

Penceramah

Ustaz Rosman

Beliau merupakan pelajar Pondok Gelang Mas selama 7 tahun, seterusnya melanjutkan pelajaran dalam bidang Diploma Syariah. Beliau juga mempunyai Ijazah Lughah Bahasa Arab di Universiti Zarqaq, Jordan. Sekarang beliau bertugas sebagai Imam 1 di Masjid Mukim Delima, Kota Bharu Kelantan dan merupakan penceramah bebas.
Video

Siri Mohon Pencerahan Ustaz akan merungkai segala permasalahan dan persoalan yang dihadapi oleh para penonton dalam menjalani kehidupan seharian. Semua permasalahan penonton akan dijawab oleh para ustaz yang berkelayakkan. #MohonPencerahan

Terkini
48 Video
Episod 048

Apakah Hukum Orang Meraikan Hari Raya Dengan Baju Raya Baru?

Hukumnya sunnah dan sunat kerana dianjurkan oleh Nabi SAW.

Episod 047

Apakah Amalan Bagi Menghidupkan Malam Raya?

Perbanyakkan zikir dan juga bacaan Al-Quran sebagai persediaan untuk menyambut lebaran.

Episod 046

Apakah Amalan Yang Patut Diganti Dengan Amalan Iktikaf?

Apa-apa sahaja amalan yang dikira baik oleh syarak boleh diamalkan walaupun berada di rumah.

Episod 045

Bagaimanakah Jika Mengerjakan Ibadah Tetapi Hubungan Sesama Manusia Tidak Dijaga?

Menjaga hubungan sesama manusia adalah satu bentuk ibadah yang mulia di sisi Allah SWT.

Episod 044

Apakah Kelebihan Beriktikaf?

Ibadat iktikaf ini dianjurkan dan disarankan oleh Allah SWT.

Episod 043

Apakah Hukum Jika Mengejar Ibadah Tetapi Tanggungjawab Wajib Ditinggalkan?

Tanggungjawab seorang ketua keluarga dan anak kepada ibu bapa adalah wajib.

Program Lain Untuk Anda
Penaja

Sejadah Kapas Asli

Mampu menyerap tekanan ketika solat dengan sangat baik. Khususnya pada bahagian sendi seperti tumit kaki, lutut serta pada dahi.

Kenapa wujudkan Wadah?

AMRU mempunyai impian untuk memainkan peranan di dalam setiap perilaku serta amal baik umat Islam di seluruh dunia. Selain menjual peralatan ibadah seperti sejadah, mewujudkan Wadah adalah salah satu cara untuk kami mencapai impian tersebut. Semoga konten yang diterbitkan ini memberi manafaat kepada ramai orang.