Sempena bulan Ramadan yang penuh barakah ini, slot Mohon Pencerahan Ustaz akan menjawab persoalan-persoalan yang membelenggu penonton berkaitan Ramadan. Pada perkongsian kali ini, Da’i Nasrul akan memberi penjelasan berkenaan soalan bolehkah menggunakan inhaler pada bulan puasa.
Merujuk kepada fatwa, dalam hal ini lebih cenderung untuk mengatakan bahawa penggunaan inhaler di siang hari bulan Ramadan tidak membatalkan puasa. Kerana terdapat hukum darurat yang boleh menjejaskan kesihatan seseorang di situ, maka di saat itu inhaler diperlukan dan tidak terbatal puasa si pengguna.
Jika tidak menggunakan inhaler ianya akan memberi mudarat kepada si pengguna. Memudaratkan kesihatan diri itu tidak boleh. Insya-Allah, semoga penjelasan ini dapat memberi pencerahan kepada kita semua.