Siri 030 Terbitan 24 April 2021

Bolehkah Menggunakan Inhaler Ketika Berpuasa?

Sempena bulan Ramadan yang penuh barakah ini, slot Mohon Pencerahan Ustaz akan menjawab persoalan-persoalan yang membelenggu penonton berkaitan Ramadan. Pada perkongsian kali ini, Da’i Nasrul akan memberi penjelasan berkenaan soalan bolehkah menggunakan inhaler pada bulan puasa.

Merujuk kepada fatwa, dalam hal ini lebih cenderung untuk mengatakan bahawa penggunaan inhaler di siang hari bulan Ramadan tidak membatalkan puasa. Kerana terdapat hukum darurat yang boleh menjejaskan kesihatan seseorang di situ, maka di saat itu inhaler diperlukan dan tidak terbatal puasa si pengguna.

Jika tidak menggunakan inhaler ianya akan memberi mudarat kepada si pengguna. Memudaratkan kesihatan diri itu tidak boleh. Insya-Allah, semoga penjelasan ini dapat memberi pencerahan kepada kita semua.

Penceramah

Da’i Muhammad Nasrul Nizam

Beliau merupakan bekas pelajar Universiti Sultan Zainal Abidin, Terengganu. Beliau pernah menyertai rancang realiti Da’i Pendakwah Nusantara 2016 di TV3. Sekarang berkhidmat sebagai perunding latihan & motivasi separuh masa di Itqan Patners Training & Consultancy.
Video

Siri Mohon Pencerahan Ustaz akan merungkai segala permasalahan dan persoalan yang dihadapi oleh para penonton dalam menjalani kehidupan seharian. Semua permasalahan penonton akan dijawab oleh para ustaz yang berkelayakkan. #MohonPencerahan

Terkini
48 Video
Episod 048

Apakah Hukum Orang Meraikan Hari Raya Dengan Baju Raya Baru?

Hukumnya sunnah dan sunat kerana dianjurkan oleh Nabi SAW.

Episod 047

Apakah Amalan Bagi Menghidupkan Malam Raya?

Perbanyakkan zikir dan juga bacaan Al-Quran sebagai persediaan untuk menyambut lebaran.

Episod 046

Apakah Amalan Yang Patut Diganti Dengan Amalan Iktikaf?

Apa-apa sahaja amalan yang dikira baik oleh syarak boleh diamalkan walaupun berada di rumah.

Episod 045

Bagaimanakah Jika Mengerjakan Ibadah Tetapi Hubungan Sesama Manusia Tidak Dijaga?

Menjaga hubungan sesama manusia adalah satu bentuk ibadah yang mulia di sisi Allah SWT.

Episod 044

Apakah Kelebihan Beriktikaf?

Ibadat iktikaf ini dianjurkan dan disarankan oleh Allah SWT.

Episod 043

Apakah Hukum Jika Mengejar Ibadah Tetapi Tanggungjawab Wajib Ditinggalkan?

Tanggungjawab seorang ketua keluarga dan anak kepada ibu bapa adalah wajib.

Program Lain Untuk Anda
Penaja

Sejadah Floral

Dihiasi corak kuntuman bunga mawar mekar yang sangat indah. Dengan isian latex asli, sejadah ini menawarkan keselesaan luar biasa.

Kenapa wujudkan Wadah?

AMRU mempunyai impian untuk memainkan peranan di dalam setiap perilaku serta amal baik umat Islam di seluruh dunia. Selain menjual peralatan ibadah seperti sejadah, mewujudkan Wadah adalah salah satu cara untuk kami mencapai impian tersebut. Semoga konten yang diterbitkan ini memberi manafaat kepada ramai orang.