Surah Al-Fatihah ( سُّورَةُ الفَاتِحَة) iaitu merupakan surah pembuka dan permulaan al-Quran sebagai surah yang pertama. Surah yang diwahyukan di Makkah ini mempunyai tujuh ayat.
Surah Al-Fatihah adalah ummul kitab dan menjadi rukun dalam solat. Tidak sah solat sekiranya bacaan Al-Fatihah tidak sempurna. Itu asas yang perlu kita tahu betapa pentingnya membaca Al-Fatihah dengan betul.
Namun begitu, dalam segala kepentingan dan dekatnya Al-Fatihah dengan diri kita, ramai antara kita yang tidak sedar, begitu banyak kesilapan yang dilakukan dalam membaca surah itu walaupun surah ini rutin dibaca ketika solat sehari semalam sebanyak 17 kali. Tanpa disedari kerana kurangnya ilmu di dada, bacaan al-Fatihah kita tidak sempurna.
Insyallah dengan adanya Tartil Quran Bahagian 2 ini dapat membantu sedikit sebanyak antara kita untuk memperbetulkan semula bacaan asas ini.