Syukur Alhamdulillah, bagi episod kali ini, Ustaz Ashraaf akan sambung perbincangan terakhir dalam slot tahsin Al-Fatihah iaitu pada ayat yang terakhir yang berbunyi :
صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ
“Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat”
Dengan adanya episod penuh mengenai slot tahsin Al-Fatihah, semoga kita sama-sama dapat mempraktiskan lagi bacaan surah ini serta mencari masa terluang untuk menghadap mana-mana guru atau ustaz bagi memperbetulkan bacaan surah ini.
Selamat menonton!