Ibu bapa adalah insan teristimewa yang Allah SWT hadiahkan kepada setiap insan di dunia. Setiap makhluk Allah SWT di muka bumi pasti mempunyai ibu dan bapa. Secara tidak langsung ibu bapalah yang berperanan besar dalam menjaga dan membesarkan anak-anak dengan penuh kesmpurnaan.

Lalu setiap anak wajib menghargai segala kesusapayahan ibu bapa dengan cuba sedaya upaya membalas jasa mereka. Paling penting jangan sesekali menderhakai mereka, mahupun membuat mereka berkecil hati walau dengan ucapan ‘uh’!

Anak yang baik dan mengenang budi ibu bapanya adalah mereka yang sentiasa mendoakan. Tidak kiralah sama ada ibu bapanya itu masih hidup atau telah meninggal dunia. Jika mereka masih hidup, berdoalah agar ibu bapa kita sentiasa dipanjangkan usia dengan keberkatan dan kesudahan yang baik.

Sesungguhnya, memang terdapat beberapa doa yang baik untuk diamalkan oleh seseorang anak demi mendoakan ibu dan bapanya seperti yang terdapat dalam al-Quran, seperti:

#1 – Ayat 24, surah al-Isra:

“…Wahai Tuhanku, kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku waktu kecil.” – (al-Isra’: 24)

#2 – Ayat 41, surah Ibrahim:

“Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku!” – (Ibrahim:41)

#3 – Ayat 28, surah Nuh:

“Ya Tuhanku! Ampunilah aku, ibu bapaku, orang yang masuk ke rumahku dengan beriman dan semua orang yang beriman lelaki dan perempuan. Dan janganlah Engkau tambahkan bagi orang-orang yang zalim itu selain kebinasaan.” – (Surah Nuh: 28)

#4 – Ayat 19, surah an-Naml:

“…Ya Tuhanku berilah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmatMu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada dua orang ibu bapaku dan untuk mengerjakan amal saleh yang Engkau redai; dan masukkanlah aku dengan rahmatMu ke dalam golongan hamba-hambaMu yang soleh.” – (an-Naml:19)

Manakala, bagi ibu bapanya yang telah meninggal dunia juga amalkanlah doa-doa ini kerana doa dari anak soleh sesungguhnya ‘bantuan’ yang paling baik untuk dihadiahkan kepada mereka di alam sana.

Ini sangat bertepatan dengan sebuah hadis sahih dari Imam Muslim; yang menyatakan, apabila terpisahnya roh daripada jasad maka ia juga sebenarnya telah terpisah daripada alam dunia. Dengan itu, segala perkara atau amalannya ketika di dunia akan terputus daripadanya melainkan tiga perkara, salah satunya doa dari anak yang soleh.

 Daripada Abu Hurairah r.a, bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda:

“Apabila matinya seseorang insan maka akan terputuslah amalannya melainkan tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan juga anak soleh (atau solehah) yang mendoakan kepada kedua ibubapanya.” (Hadis Riwayat Muslim)

Selain itu, daripada itu;

“Abu Usaid Malik bin Rabi’ah as-Sa’idi r.a berkata:

‘Ketika kami sedang bersama Rasulullah saw, tiba-tiba ada seorang lelaki daripada Bani Salamah datang kepada Baginda s.a.w.

Lelaki tersebut bertanya: ‘Wahai Rasulullah, apakah masih ada ruang untuk aku berbuat baik kepada kedua orang tuaku setelah mereka meninggal?’

Baginda menjawab: ‘Ya, mendoakan dan memintakan keampunan untuk kedua-duanya, melaksanakan wasiatnya, menyambung jalinan silaturahim mereka dan memuliakan teman mereka’.”

(Hadis Riwayat Abu Daud, Ibn Majah & Ahmad)

Sebenarnya, doa anak yang soleh itu adalah pengharapan terbaik untuk ibu bapanya. Paling penting asalkan kita sendiri memahami doa tersebut. Doa itu tidak semestinya dalam bahasa Arab sahaja, sesungguhnya Allah s.w.t sangat memahami apa-apa sahaja bahasa dari golongan yang tulus berdoa.

Semoga ibu bapa kita sentaisa diberikan kebaikan oleh Allah s.w.t sepertimana mereka memberi segala kebaikan kepada kita sejak kita dilahirkan sehinggalah kini.

Sesungguhnya kasih sayang serta pengorbanan ibu bapa tidak mungkin berganti oleh apapun di dunia ini.

Penulis

Rabiatul Adawiyah

Beliau mempunyai minat mendalam dalam bidang penulisan; terutamanya penulisan kreatif seperti cerpen dan puisi, selain isu semasa, sejarah dan keagamaan. Berkelulusan dalam bidang Pengajian Media dan Sejarah dari Universiti Malaya, kini sebagai editor dan penulis sambilan.
Artikel

Siri Tentang Solat adalah segalanya perihal solat. Ia perkara pertama yang akan dipersoalkan kelak. Pembelajaran berkaitan solat adalah proses perjuangan seumur hidup. #TentangSolat

Terkini
13 Artikel
Episod 013

Cara Solat Sunat Dhuha Yang Mudah & Ringkas

Allah bersumpah dengan ‘demi waktu dhuha’.

Episod 012

Cara Meraih Khusyuk Dalam Solat

Khusyuk itu bukan sahaja terletak pada hati.

Episod 011

Solat Sebagai Asas Disiplin Diri

Solat sebagai bukti ketaatan dan kepatuhan.

Episod 010

Cara Solat Sunat Istikharah Yang Mudah & Ringkas

Solat bertujuan memohon petunjuk daripada Allah.

Episod 009

Panduan Solat Sunat Jenazah Yang Mudah & Ringkas

Andai berlaku kematian, dirikanlah solat jenazah bagi menghormati si mati.

Episod 008

Cara Solat Sunat Hajat Yang Mudah & Ringkas

Solat yang ditunaikan untuk memohon sesuatu permintaan.

Program Lain Untuk Anda
Penaja

Sejadah Raudah

Sejadah bermotifkan kesenian Raudah. Sentuhan dari organisasi yang menghasilkan permaidani Masjid Haram & Masjid Nabawi.

Kenapa wujudkan Wadah?

AMRU mempunyai impian untuk memainkan peranan di dalam setiap perilaku serta amal baik umat Islam di seluruh dunia. Selain menjual peralatan ibadah seperti sejadah, mewujudkan Wadah adalah salah satu cara untuk kami mencapai impian tersebut. Semoga konten yang diterbitkan ini memberi manafaat kepada ramai orang.