Siri 002 Terbitan 30 April 2020

Belajar Untuk Bersyukur

Ada orang melihat “MASA” tidak akan terlepas dari menjadi sebahagian dari kisah hidup kita. Ia akan membentuk sebuah pengalaman untuk kita gunakannya pada hari akan datang.

Transkrip

Apa yang kita lakukan semua berkait rapat dengan masa. Tidak kiralah kelakuan itu baik atau buruk. Masa tidak terlepas dari menjadi sebahagian kisah hidup atau pengalaman dalam diri kita.

Saya masih ingat lagi, waktu saya belajar dulu saya down kerana saya dapat result tidak seperti apa yang saya harapkan dan itu merupakan pengalaman kali pertama sepanjang tempoh saya belajar.

After dapat result, saya terus call abah saya dan saya masih ingat lagi dia pesan ‘kakak, belajar bersyukur dengan apa yang kita ada sekarang sebab tak semua orang ada apa yang kita ada.

Tak apa kalau kita gagal sekarang kerana masih ada lagi masa untuk kita sentiasa melangkah ke hadapan’. Jadi dari situ saya belajar untuk sentiasa bersyukur dengan apa yang saya lalui dalam kehidupan.

Selagi mana ada masa, selagi itu kita berpeluang untuk mengubah kehidupan kita menjadi lebih baik dari semalam.

Podcast

Siri Kanta adalah satu ruangan untuk anda melontarkan pandangan dan persepsi mengenai sesuatu topik yang diketengahkan. Setiap orang melihat sesuatu perkara dari sisi pandang berbeza. #Kanta

Terkini
4 Podcast
Episod 004

Modal Kehidupan

Berjaya atau gagal hidup kita ditentukan oleh masa.

Episod 003

Tempoh Luput Kehidupan

Ajal akan datang menjemput sesiapa sahaja.

Episod 001

Hargai Masa Bersama Ibu Bapa

Ibu bapa tiada gantinya.

Program Lain Untuk Anda
Penaja

Sejadah Kapas Asli

Mampu menyerap tekanan ketika solat dengan sangat baik. Khususnya pada bahagian sendi seperti tumit kaki, lutut serta pada dahi.

Kenapa wujudkan Wadah?

AMRU mempunyai impian untuk memainkan peranan di dalam setiap perilaku serta amal baik umat Islam di seluruh dunia. Selain menjual peralatan ibadah seperti sejadah, mewujudkan Wadah adalah salah satu cara untuk kami mencapai impian tersebut. Semoga konten yang diterbitkan ini memberi manafaat kepada ramai orang.