Siri 003 Terbitan 30 April 2020

Tempoh Luput Kehidupan

Itulah lumrah kehidupan. Setiap benda di dunia ini ada tempoh luput masing-masing. Ajal datang tanpa siapa pun tahu dan sesungguhnya ianya sangat pasti tanpa mengira siapapun kita. Baik pangkat mahupun harta, semuanya sama di sisi Allah. Mati bukanlah satu perkara yang boleh ditangguh atau boleh dilengahkan. Justeru itu, kita perlu menghargai apa yang dihadapan mata kita hari ini sebelum terlambat.

Transkrip

Masa adalah sesuatu yang relatif bagi setiap individu. Ada orang yang merasakan masa amat singkat, seolah-olah berlalu dalam sekelip mata.

Bagi yang berusia masa seperti angin bayu yang datang dan pergi meninggalkannya yang tinggal hanyalah kenangan dan memori masa lalu. Ada juga orang yang merasakan masa itu amat panjang, setiap detik dan saat dirasai dan ditunggu-tunggu kedatanganya.

Ibu yang mengandung, pesakit yang nazak tahu perasaan ini. Setiap yang hidup pasti akan mati. Itulah lumrah kehidupan. Setiap benda di dunia ini ada tempoh luput masing-masing. Aku mula sedar nilai harga masa apabila rambutku mula beruban, tubuhku mula lemah dan berusia.

Seorang demi seorang teman-teman ku dijemput bertemu sang pencipta. Aku mula sedar masaku tidak lama dan apa yang aku akan tinggalkan kepada dunia, kepada masyarakat, kepada anak cucu dan kepada anda.

Masa berlalu dan aku sedar aku tertinggal seorang individu yang lebih penting dari segalanya iaitu diriku sendiri. Apa yang aku akan tinggalkan pada diri ku besok?

Jadi aku mula membaca buku, mula mempelajari benda-benda baru, mula berjalan ke tempat-tempat asing, mula kenal orang-orang baru, mula mencari pengalaman yang tidak pernah aku rasai dan mula mencari Tuhan tempat aku akan kembali. Semuanya bekalan untuk aku untuk masa hadapan.

Podcast

Siri Kanta adalah satu ruangan untuk anda melontarkan pandangan dan persepsi mengenai sesuatu topik yang diketengahkan. Setiap orang melihat sesuatu perkara dari sisi pandang berbeza. #Kanta

Terkini
4 Podcast
Episod 004

Modal Kehidupan

Berjaya atau gagal hidup kita ditentukan oleh masa.

Episod 002

Belajar Untuk Bersyukur

Masa akan selamanya menjadi sebahagian dari kita.

Episod 001

Hargai Masa Bersama Ibu Bapa

Ibu bapa tiada gantinya.

Program Lain Untuk Anda
Penaja

Sejadah Premium

Sejadah ini hadir dengan warna yang sangat memikat. Sulaman pada bahagian tepi sejadah pula memberikan sentuhan eksklusif.

Kenapa wujudkan Wadah?

AMRU mempunyai impian untuk memainkan peranan di dalam setiap perilaku serta amal baik umat Islam di seluruh dunia. Selain menjual peralatan ibadah seperti sejadah, mewujudkan Wadah adalah salah satu cara untuk kami mencapai impian tersebut. Semoga konten yang diterbitkan ini memberi manafaat kepada ramai orang.