Ada orang melihat “MASA” sebagai satu ciptaan Tuhan yang unik. Ia adalah satu modal untuk manusia gunakan di dunia ini untuk ditentukan sama ada menjadi orang berjaya atau gagal.
Transkrip
Masa ia adalah satu ciptaan Tuhan yang sungguh unik. Semua makhluk termasuk saya dan anda kita semua hidup didalam sistem masa dari kecil sampai dewasa, dari dewasa sampai ketua. Hari-hari kita perlu melalui sistem masa.
Tuhan berikan kita masa sebagai satu modal untuk kita menjalani kehidupan ini. Modal masa adalah satu komoditi ataupun amanah yang Tuhan berikan untuk kita tukarkan menjadi sesuatu yang berguna.
Berjaya atau tidak kita didunia ini bergantung sejauh mana kita bijak mengurusakan masa. Dengan masa kita memburu ilmu, dengan masa kita mengejar harta, dengan masa kita beribadah, kita berbakti, kita belajar dan macam-macam perkara lagi kita lakukan.
Hasil penggunaan masa ini berbeza-beza mengikut individu. Ada orang hidup sampai 100 tahun, tapi kehidupannya tidak berbekas. Tak ada siapa yang dapat manfaat daripada hidupnya yang panjang tapi ada orang walaupun hidup sebentar tapi dapat memberikan manafaat yang banyak kepada ramai orang.
Contohnya Imam Al-Nawawi Rahimahullah, beliau hidup sekitar 44 sehingga 45 tahun sahaja tetapi beliau telah meninggalkan karya yang memberikan manfaat kepada ramai orang selepasnya. Sehingga kesaat ini, kitabnya dibaca, kitabnya dikaji, kitabnya ditalaah dan kitabnya disebarkan saban hari walaupun beliau telah meninggal dunia.
Tapi jasadnya seolah-olah masih hidup merentasi sistem masa. Akhir kata, gunakanlah masa sebaiknya kerana ia menentukan sama ada kita menjadi orang yang berjaya atau orang yang gagal. Demi masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar berada didalam kerugian.