Siri 001 Terbitan 30 April 2020

Hargai Masa Bersama Ibu Bapa

Ada orang melihat “MASA” dari sudut perhubungan mereka dengan ibu bapa. Apabila ibu bapa telah tiada, masa-masa bersama mereka sentiasa bermain di dalam fikiran.

Transkrip

Masa. Kita diberi masa 24 jam sehari, 7 hari seminggu dan 12 bulan setahun. Kebanyakkan masa kita dihabiskan di sekolah bagi remaja, di kampus bagi dewasa dan di tempat-tempat kerja bagi yang berkerjaya.

Berapa ramai yang menggunakan masa untuk bahagiakan mak ayah kita? Kita tak perlu tunggu dewasa untuk bahagiakan mereka, kita tak perlu tunggu kaya untuk bahagiakan mereka dan tak perlu tunggu ada masa untuk bertanya khabar mereka.

Sedar tak kita mak ayah start dari kita lahir di dunia, start dari itu masa mereka sepenuhnya untuk kita. Kawan-kawan, mak ayah pinjaman daripada Allah SWT buat kita. Masa kita bersama mak ayah tak lama. Saya masih ingat seminggu sebelum mak saya meninggal, macam-macam perkara dia pesan kepada saya.

Jaga makan, jaga pakaian, belajar baik-baik, jangan malas dan dengar cakap orang tua. Dan moment yang paling saya sedih bila mana nak exam semasa di kampus, kawan-kawan akan call mak ayah, minta maaf dan minta doakan dapat jawab exam dengan baik.

Masa tu saya sedar dan saya takut sangat sebab saya dah hilang satu keberkatan doa di dunia iaitu doa mak dan ayah saya. Sebab itu saya tak nak anda menyesal. Saya tak nak anda terlepas masa-masa berharga bersama mak ayah. Call mak ayah dan minta mereka selalu doakan kita.

Kawan-kawan, mak ayah kita cuma mereka sahaja tiada yang lain. Hargai mereka selagi mana mereka masih ada bersama kita. Kalam ini bukan cuma untuk anda, bukan juga untuk saya tetapi untuk kita bersama. Ya Tuhan, ampunilah segala dosa kedua ibu dan ayah kami dan kasihanilah mereka seperti mana mereka mengasihani kami dari kecil sehingga dewasa.

Podcast

Siri Kanta adalah satu ruangan untuk anda melontarkan pandangan dan persepsi mengenai sesuatu topik yang diketengahkan. Setiap orang melihat sesuatu perkara dari sisi pandang berbeza. #Kanta

Terkini
4 Podcast
Episod 004

Modal Kehidupan

Berjaya atau gagal hidup kita ditentukan oleh masa.

Episod 003

Tempoh Luput Kehidupan

Ajal akan datang menjemput sesiapa sahaja.

Episod 002

Belajar Untuk Bersyukur

Masa akan selamanya menjadi sebahagian dari kita.

Program Lain Untuk Anda
Penaja

Sejadah Kaabah

Sejadah bermotifkan sesenian Kaabah yang menggamit kenangan bersolat di tanah suci.

Kenapa wujudkan Wadah?

AMRU mempunyai impian untuk memainkan peranan di dalam setiap perilaku serta amal baik umat Islam di seluruh dunia. Selain menjual peralatan ibadah seperti sejadah, mewujudkan Wadah adalah salah satu cara untuk kami mencapai impian tersebut. Semoga konten yang diterbitkan ini memberi manafaat kepada ramai orang.