Ada orang melihat “MASA” tidak akan terlepas dari menjadi sebahagian dari kisah hidup kita. Ia akan membentuk sebuah pengalaman untuk kita gunakannya pada hari akan datang.
Transkrip
Apa yang kita lakukan semua berkait rapat dengan masa. Tidak kiralah kelakuan itu baik atau buruk. Masa tidak terlepas dari menjadi sebahagian kisah hidup atau pengalaman dalam diri kita.
Saya masih ingat lagi, waktu saya belajar dulu saya down kerana saya dapat result tidak seperti apa yang saya harapkan dan itu merupakan pengalaman kali pertama sepanjang tempoh saya belajar.
After dapat result, saya terus call abah saya dan saya masih ingat lagi dia pesan ‘kakak, belajar bersyukur dengan apa yang kita ada sekarang sebab tak semua orang ada apa yang kita ada.
Tak apa kalau kita gagal sekarang kerana masih ada lagi masa untuk kita sentiasa melangkah ke hadapan’. Jadi dari situ saya belajar untuk sentiasa bersyukur dengan apa yang saya lalui dalam kehidupan.
Selagi mana ada masa, selagi itu kita berpeluang untuk mengubah kehidupan kita menjadi lebih baik dari semalam.